
Ramai orang tahu, mengambil bijirin oat untuk sarapan itu baik untuk kesihatan.
Tetapi ramai yang tidak gemar kerana oat berkanji.
Ada caranya suypaya oat menjadi sarapan yang enak.
Rendam semamgkuk oat semalaman dengan air sejuk. Keesokan paginya tapis oat tersebut.
Ini bertujuan supaya oat tidak berkanji.
Untuk sarapan, oat boleh dicampurkan dengan minuman yang biasa diambil ketika bersarapan. Minuman biasa akan menjadi lebih enak.
Untuk berdiet dengan sarapan bijirin oat, kurangkan secara berperingkat pengambilan nasi lemak, nasi dagang, roti canai, nasi kerabu, mee goreng dan makanan berminyak dan menggantikan dengan bijirin yang lebih menyihatkan.
Kesihatan kita, tanggungjawab kita.







