14.10.09

Yang Datang Dan Pergi....

Hidup, mati, susah, senang, sihat dan "sakit" semuanya telah ditentukan. Hidup akan mati, susah pasti akan senang, sihat akhirnya merasai sakit.
Apabila penyakit datang dalam diri kita, selalu kita bertanya, kenapa? apa puncanya? sejak bila? bagaimana ia terjadi? macam mana nak ubat? dan pelbagai soalan lagi. Usah kita kesal, kecewa dan putus asa kerana ramai lagi disekeliling kita sakitnya lebih teruk lagi, cuba kita lihat dan kita pasti akan kata "oo..rupanya ada orang yang lebik teruk daripada aku ".
Sesuatu penyakit itu bukanlah kehendak kita, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha untuk mengubatinya samada secara tradisional ataupun moden, apa yang penting keyakinan kita terhadap perubatan tersebut.
Menjadi pesakit bukanlah seteruk yang kita sangka, kerana ia memberi kita peluang untuk muhasabah diri, ruang untuk kita mempelajari sesuatu yang baru dan yang pasti mendapat
layanan yang 'luar biasa'.
Meskipun Ia menyebabkan kita terlantar menghitung hari, minggu dan bulan namun akhirnya... PENYAKIT YANG DATANG AKAN PERGI JUA... dan kita pasti tak lupa ucap ' terima kasih PENYAKITKU'.

9 comments:

mantan said...

Puteri, Penyakit itu suatu nikmat. Kerana terlalu memikirkan "kesakitan" menyebabkan orang tidak merasai nikmat itu.

Jika tiada rasa sakit bagaimna dapat kita dibandingkan untuk merasai rasa sihat.

Semoga sentiasa sihat.

zaijb said...

salam tuan umah,
terima kasih datang menjengah,

setiap penyakit ada ubatnya... dan penyakit yg kita dapat adalah penghapus dosa2 kecil...
saya sering berhadapan dgn org2 yg sakit dan sememang nya itu tanggungjawab saya...
bila bertemu mereka sy sering menginsafi diri... dan bersyukur pada tuhan... kita kekadang cuma sakit biasa... tetapi ada orang lain terpaksa menanggung derita bertahun2...
semoga kita sentiasa menjadi org yg sentiasa bersyukur... amin.

masih sakit said...

salam ziarah....

sebenarnya kita semua 'sakit' dan dlm kehidupan di dunia yg sementara inilah tempat bagi kita merawatnya agar kembali ke sana nanti dlm keadaan yg 'sihat'.....

Pu3 said...

kdg2 ALLAH turunkan kita hujan dan siapa sangka, esok DIA turunkan kita pelangi.. :)

Be strong Cikgu Puteri..

Puterizz said...

betul kata mantan, nikmatnya sihat setelah sakit hilang

Puterizz said...

zaijb,terima kasih kerana santai di taman puteri. pasti puteri akan jadi insan yang lebih bersyukur selepas ini

Puterizz said...

pu3, doakan semoga puteri akan menikmati keindahan pelangi

HASHIMME OMAR said...

Sakit menyedarkan kita erti sihat. Sibuk pula menyedarkan kita erti dan nikmat rehat. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Begitulah adanya.

Lintagu said...

Salam ukhuwah Puteri,
Tabah dan sabarlah...Justeru sakit akan membawa lebih banyak manfaat dan faedah dalam hidup beragama dan keduniaan berbanding sentiasa sihat....

.......seindah mana taman bunga, indah lagi taman hati.......