Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts
22.1.10
Sesekali
Sesekali dapat update blog. Tugas di sekolah semakin bertambah. Petang ini akan ikuti kuliah seperti biasa. Assignment belum 100% siap. Takpe, ini rutin yang perlu dibereskan... SEmoga semuanya dapat saya lalui dengan tenang...
8.1.10
Mampukah Saya
Mampukah saya?
Mengajar ialah tugas harian yang amat mencabar. Ia suatu profesion yang hebat dan kita perlu komited melaksanakannya. Ia memerlukan sikap yang positif bagi menambahbaik kehidupan dan memenuhi keperluan pelajar. Sebagai guru, kita perlu bertanggungjawab, rajin, bersemangat, kreatif, kawaldiri, terancang, berdisiplin, kolaboratif, adil, taat, bersedia bertugas dan sebagainya.
Mampukah saya?
24.10.09
Alahai merajuklah pulak....
Ketika kecil, kanak-kanak perempuan dan lelaki suka merajuk.
Tetapi sesudah menjadi dewasa, perempuan dikatakan lebih suka merajuk jika dibandingkan dengan lelaki.
Jika lelaki (dewasa) merajuk, maka diberi nilai tambah kepada 'kelakiannya', selalunya yang negatif.
Jika perempuan (dewasa) merajuk maka ramai yang menganggap itu suatu strategi supaya dipujuk.
Apa salahnya lelaki merajuk?
Kerana saya perempuan, saya tidak suka lelaki merajuk. Sebab ada lelaki yang merajuk tetapi tidak suka dipujuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)