19.12.09
Marah Disakiti
Sebenrnya entri saya kali ini hanyalah seperenggan (perenggan akhir) petikan daripada entri terbaru di blog simantanguru:
( http://blogsimantanguru. blogspot.com )
"Demikianlah: kita merasa disakiti, kita meluahkan perasaan kita jika perlu, dan kita maafkan. Namun selepas itu, kita merasai masih ada semacam emosi berlegar-legar dalam diri. Apa yang dapat kita lakukan? Biarkanlah saki baki rasa sakit itu mencair dalam kehidupan di dunia yang memang penuh dengan pelbagai kesedihan ini."
Puterizz telah mendapat kebenaran untuk copy dan paste perenggan itu di taman ini.
17.12.09
HIJRAH
" SELAMAT MENYAMBUT
AWAL MUHARRAM 1431H "
Awal Muharram, the start of the Muslim year, is based on the date of the Hijrah (or Hijra) meaning "migration", of Prophet Muhammad (sallallahhu alaihi wassalam) from Makkah to Medinah, in year 622 on the command and guidance of God, through His Angel Gabriel.
Before sunset on the last day of Zulhijjah, Muslims will read a 'doa' after the evening Asar rites or prayers, to seek God’s forgiveness for sins committed during the year, and repentance for misdeeds.
And then after sunset ( it being a new year - Awal Muharram), Muslims will say another 'doa' immediately after Maghrib (dusk) rites or prayers, seeking God’s guidance and help towards a better spiritual and physical life in the new year.
15.12.09
SAYA SUKA
Ketika berbual, kita selalu berkata sesuatu seperti berikut:
1. Saya suka menonton tv.
2. Saya suka jadi guru.
3. Saya suka kucing saya.
4. Saya suka dia.
Bagaimanapun, apa makna perkataan ‘suka’ tu?
Setiap perkataan suka tersebut ada perbezaan maknanya.
Suka dalam (1) itu boleh bermaksud saya amat gemar menonton tv.
Suka dalam (2) pula bermaksud: Saya dapati melibatkan diri dengan kerjaya guru ini menjadi sebahagian daripada identiti diri saya dan jadikan kehidupan saya lebih bermakna.
Suka dalam (3) agak berbeza dengan yang lain itu. Ia boleh dianggap sebagai satu bentuk rasa sayang.
Tetapi, suka dalam (4), barangkali ada makna rasa cinta yang amat peribadi sifatnya. Ada unsur mengambil berat terhadap diri sesaorang. Rasa ini tidak dapat dikaitkan dengan rasa suka pada benda-benda atau aktiviti lain.
Apakah maknanya jika kita katakan kepada sesaorang:
“ Saya suka awak macam saya suka kucing saya yang manja ni”?
7.12.09
Nostalgia ....
Ketika kaudatang
Jelma dalam rinduku
Barangkali kau sedang pasrah di pantai itu
Sambil menganyam nostalgia masa silam
Bersama jeritan ombak dan sejuknya angin senja
Apakah yang sedang kaulakukan
Seringkali menduga ingatanku
Barangkali masih mengumpul ingatan itu
Melayani segala sejarah silam
Yang telah menjadi tugu kenangan
Barangkali kau
Sedang merenung sayup jauhnya laut berbalam
Atau sedang mencari cinta yang tenggelam
Dan sedang mengais pasir sambil mengutip cinta suram
Apakah kau
Masih menjerat badai cinta yang hanyut di muara
Yang sesekali mewarnai bayu kasih dalam impian
Lalu kau mencatat diari cinta di pasir halus
Mengharap ombak cinta membasahi hati
Barangkali juga
Kau sedang mendamba angin mesra membelai rasa
Memujuk deria bersama gerimis senja
Atau ingin mengutip cengkerang cinta yang rapuh
Sambil mengingati pahatan setia janji yang tiba-tiba pergi
Ketika badai membelai pantai
Dalam berbalam senja ini
Ingin diwarnai kembali wajah yang tidak lagi berseri
Mengharap kembali berulang sejarah yang sudah pergi
Yang kau pasti tidak mungkin kembali
Sayangku
Terimalah takdir yang tertulis pada hitamnya pasir
Kau tidak mungkin tenggelam dengan dukanya masa silam
Kau tidak akan teruja dengan tidak kesampaiannya cinta
Kau pun tahu masa silam itu sempadan sejarah yang kelam
Biarlah ia hanyut dan tenggelam
bersama lumut dan lumpur laut ini
Dan aku di sini
Setiap senja ingin bersamamu di pantai cinta ini
Sehingga terbitnya fajar pagi
436/ 17012007