4.12.09
TIDAK KESAMPAIAN
Ini kisah tentang anak didik saya yang telah saya berikan layanan istimewa . Sebelum ini beliau pernah berhenti sekolah kerana desakan hidup dan bekerja di gerai makanan yang terletak agak jauh dari rumahnya. Kerana rasa simpati dan mahu dia memiliki sijil SPM, saya memujuknya untuk kembali ke sekolah dan berjanji akan menanggung segala perbelanjaan persekolahannya sehingga tamat tingkatan 5, dan saya juga telah usahakan tempatnya di asrama serta membiayai yuran bulanan asrama agar dia dapat belajar dengan selesa memandangkan jarak rumahnya yang jauh untuk ke sekolah. Setiap kali saya berkunjung ke rumahnya membuat saya rasa insaf dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Setelah saya berpindah sekolah pada Jun lalu, saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangannya sepanjang masa namun sesekali saya bertanya khabar melalui guru di situ. Saya mendapat tahu dia telah keluar dari asrama beberapa bulan lepas. Tapi hari ini saya betul-betul terkejut dan merasa amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa beliau telah berhenti sekolah sebelum SPM bermula dan ini bermakna beliau tidak hadir langsung sepanjang peperiksaan. Sebelum ini dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan saya selalu penuhi segala keperluan persekolahannya. Kenapalah agaknya seorang pelajar seperti dia sanggup musnahkan masa depannya begitu saja tanpa alasan yang munasabah? tak inginkah dia menggubah kehidupannya? Bukanlah balasan yang kita harapkan daripada seorang pelajar biasa seperti dia tapi apa yang kita ingin lihat agar dia dapat memperbaiki kehidupannya. Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah biasa, saya ingin sekali melihat ada kalangan pelajar saya yang menjadi luar biasa namun kali ini ianya tidak kesampaian......... Semoga pengalaman ini menjadikan saya insan yang lebih tabah untuk terus berdepan dengan kerenah anak didik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
assalammualaikum
kadang-kadang harapan yang berkecai menjadikan kita lebih tabah dan ingin terus berusaha...
puterizz telah terpilih oleh Allah untuk melalui peristiwa ini..
semoga terusan berjuang
salam putrizz,
bersabarlah... tak semua yg kita harapkan akan termakbul...
sekurangnya kita dah berusaha ke arah itu...
teruskan perjuangan jgn biarkan ia berakhir.....
kl citizen dan zaijb,
terima kasih kerana berikan puterizz semangat dan pastinya perjuangan akan diteruskan
Memang tidak kesampaian
mantan,
saya pasti,suatu hari nanti...
Hadiah paling bernilai bagi seorg guru ialah bila melihat anak didiknya berjaya ... puas!
salam...akak selalu hadapi peristiwa macam ni..sebagai guru kita memang berusaha untuk pelajar namun bila pelajar tu akhirnya mengalah kepada tuntutan hati dan malas nak berubah..sedikit sebanyak akan membuatkan guru kecewa..sabarlah dik...memang macam tu rutin hidup kita...
salam,
usaha anda, kebajikannya tetap akan di balas. Tahniah...anda hebat!!!
precious,
itulah kepuasan sebenar seorang pendidik.
siti ajar, ahmad humairi
InsyaAllah dan terima kasih.
Post a Comment