15.12.09

SAYA SUKA


Ketika berbual, kita selalu berkata sesuatu seperti berikut:


1. Saya suka menonton tv.

2. Saya suka jadi guru.

3. Saya suka kucing saya.

4. Saya suka dia.


Bagaimanapun, apa makna perkataan ‘suka’ tu?

Setiap perkataan suka tersebut ada perbezaan maknanya.


Suka dalam (1) itu boleh bermaksud saya amat gemar menonton tv.


Suka dalam (2) pula bermaksud: Saya dapati melibatkan diri dengan kerjaya guru ini menjadi sebahagian daripada identiti diri saya dan jadikan kehidupan saya lebih bermakna.


Suka dalam (3) agak berbeza dengan yang lain itu. Ia boleh dianggap sebagai satu bentuk rasa sayang.


Tetapi, suka dalam (4), barangkali ada makna rasa cinta yang amat peribadi sifatnya. Ada unsur mengambil berat terhadap diri sesaorang. Rasa ini tidak dapat dikaitkan dengan rasa suka pada benda-benda atau aktiviti lain.


Apakah maknanya jika kita katakan kepada sesaorang:


“ Saya suka awak macam saya suka kucing saya yang manja ni”?


7 comments:

izakhairi said...

sukanya menjadi orang yang pertama memberi komen...membawa maksud suka yang terlampau dan tergedik-gedik gembira

salam kenal dan saya suka bertandang ke taman puteri yang indah sekali...

Puterizz said...

izakhairi,
terima kasih sudi bertandang, puteri pun sukanya dapat ramai kenalan...

Guru said...

assalammualaikum

maksudnya kalau awak menggesel2 badan awak pada kaki saya... saya akan belai kepala awak... hihi

zaijb said...

salam,

"Saya suka awak macam saya suka kucing saya yang manja ni”?

pada zai maksud nyee;
eeii... saya memang suka awak.. geram nyeee saya...hehe...

betul tak....he..?? (tak tahu lahh ape yg dia geramkan...haha)

Puterizz said...

a kl citizen,zaijb
apa-apa pun boleh nak gesel ke, nak geram ke asalkan orang suka, kalau orang benci lagi susah kan?

ahmad humairi said...

kata banyak makna tuh...

Puterizz said...

cikgu humairi,
tahu tak pe...

.......seindah mana taman bunga, indah lagi taman hati.......