27.11.09

KEBAYA RAYA


Kebaya merah untuk raya.

26.11.09

YAMCAKE


Jom kita buat KEK KELADI untuk hari raya haji ni….

Kek Keladi

Bahan-Bahan:

Bahan untuk kek:
500 gm tepung vanilla sponge mix
10 biji telur
2 sudu besar ovelatte
10 sudu besar air

Bahan untuk krim keladi:
600 gm keladi direbus
240 gm gula (1 cawan)
2 sudu besar gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 biji kuning telur
4 gelas santan
Pewarna ungu
Secubit garam

Cara:

Cara membuat kek:
Campur semua bahan di atas, pukul hingga pekat dan putih. Kemudian bakar hingga masak. Potong kek menjadi 3 lapis dan sapukan dengan krim pada setiap lapis serta taburkan kelapa kering di bahagian luar kek.

Cara membuat krim:
Keladi, telur, gandum ,tepung jagung dan santan dikisar hingga hancur. Kemudian masukkan bahan ke dalam kuali, kacau hingga pekat.

25.11.09

SHRAA

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA


Kepada semua pengunjung
TAMAN PUTERI

Daripada Puteriz

11.11.09

STRESS....

Setelah sekian lama tak berkesempatan menjengah blog dek sibuk dengan pelbagai urusan, hari ni saya nak berkongsi rasa dengan seorang teman yang telah diberi tugas oleh pentadbir bagi menggantikan atau mengambil alih tugas kaunselor yang sedang cuti bersalin. apakah tiada rasa prihatin terhadap seorang guru yang telah memegang pelbagai jawatan di sekolah seperti guru kelas, penyelaras tingkatan,s/u panitia, j/k jadual waktu dan lain-lain tugasan lagi ditambah dengan tugas kaunselor yang pelbagai ragam tambahan mahu dilaksanakan segera kerana cuti sekolah dah pun hampir. Dalam diam si teman meluahkan rasa tertekan dengan tugasan yang yang diberi memandangkan dalam masa yang sama dia juga perlu menyiapkan segera urusan sebagai guru kelas, menanda kertas, menyiapkan minit mesyuarat akhir panitia, key- in markah dan membuat jadual guru ganti. Siapakah sepatutnya yang mengambil alih tugas kaunselor yang tidak sedikit ditinggalkan? Bagi sekolah yang mempunyai seorang kaunselor inilah jadinya.... Siapa sepatutnya membantu tugas-tugas kaunselor? guru atau pentadbir?

24.10.09

Alahai merajuklah pulak....


Ketika kecil, kanak-kanak perempuan dan lelaki suka merajuk.

Tetapi sesudah menjadi dewasa, perempuan dikatakan lebih suka merajuk jika dibandingkan dengan lelaki.

Jika lelaki (dewasa) merajuk, maka diberi nilai tambah kepada 'kelakiannya', selalunya yang negatif.

Jika perempuan (dewasa) merajuk maka ramai yang menganggap itu suatu strategi supaya dipujuk.

Apa salahnya lelaki merajuk?

Kerana saya perempuan, saya tidak suka lelaki merajuk. Sebab ada lelaki yang merajuk tetapi tidak suka dipujuk.

14.10.09

Yang Datang Dan Pergi....

Hidup, mati, susah, senang, sihat dan "sakit" semuanya telah ditentukan. Hidup akan mati, susah pasti akan senang, sihat akhirnya merasai sakit.
Apabila penyakit datang dalam diri kita, selalu kita bertanya, kenapa? apa puncanya? sejak bila? bagaimana ia terjadi? macam mana nak ubat? dan pelbagai soalan lagi. Usah kita kesal, kecewa dan putus asa kerana ramai lagi disekeliling kita sakitnya lebih teruk lagi, cuba kita lihat dan kita pasti akan kata "oo..rupanya ada orang yang lebik teruk daripada aku ".
Sesuatu penyakit itu bukanlah kehendak kita, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha untuk mengubatinya samada secara tradisional ataupun moden, apa yang penting keyakinan kita terhadap perubatan tersebut.
Menjadi pesakit bukanlah seteruk yang kita sangka, kerana ia memberi kita peluang untuk muhasabah diri, ruang untuk kita mempelajari sesuatu yang baru dan yang pasti mendapat
layanan yang 'luar biasa'.
Meskipun Ia menyebabkan kita terlantar menghitung hari, minggu dan bulan namun akhirnya... PENYAKIT YANG DATANG AKAN PERGI JUA... dan kita pasti tak lupa ucap ' terima kasih PENYAKITKU'.

13.10.09

SELAMAT DATANG

Blog saya masih baru, akan disiapkan tak lama lagi
.......seindah mana taman bunga, indah lagi taman hati.......