Bersarapan dengan semangkuk oatmeal dapat menurunkan berat badan secara sihat dan teratur.
Kajian dilakukan oleh Rippe Lifestyle Institute telah mendapati bahawa selain menurunkan kolesterol, makan oatmeal juga boleh menjadi sebahagian daripada rancangan penurunan berat badan. Keputusan kajian, pada 23 Oktober 2006 olen Persatuan Amerika Utara bagi Kajian Obesiti (NAASO), mendapati bahawa orang yang makan semangkuk Quaker Instant Oatmeal Weight Control sebagai sebahagian dietnya dapat mengurangkan berat badan secara terancang.
"Mengambil oatmeal sebagai sebahagian daripada program keseluruhan penurunan berat badan yang sihat adalah munasabah," kata James Rippe, MD, pakar jantung dan professor perubatan di Sekolah Perubatan Universiti Tufts dan Pengarah Rippe Lifestyle Institute. "Oatmeal sangat berkhasiat dan sumber yang baik serta mengandungi serat dan nutrisi penting lainnya. Oatmeal juga merupakan salah satu makanan yang mengenyangkan pada waktu sarapan.
Para penyelidik mengkaji 40 individu yang bermasalah berat badan atau obesiti (5 orang lelaki dan 35 wanita) program dijalankan selama 15 hingga 30 minit setiap hari secara berterusan sambil berdiet (defisit sebanyak 500 kalori setiap hari), Pada setiap hari mereka makan satu pakej Quaker Instant Oatmeal untuk sarapan. Mereka kehilangan rata-rata 5 kilogram dalam empat minggu pertama kajian.
Penemuan lain termasuk:
* Penurunan lingkar pinggang 2 ".
* 5% penurunan lemak tubuh.
* 80% kehilangan lemak dan tidak menjejaskan otot..
1 comment:
Hai...
Lanjutkan sikap 'ambik berat kecantikanmu' dengan menambah ilmu mengenai kecantikan di web page ini:
Amalan Kecantikan 'Seterusnya'
Thanks!
Post a Comment